Asas Seni Reka
Unsur Seni
1. Garisan
Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan dapat mewujudkan bentuk, objek, tona, ruang dan jalinan. Contoh garisan adalah garisan berbulu, berpancar, beralun, putus-putus, tebal, berlingkar dan lain-lain.
Jenis-jenis Garisan |
2. Rupa
Rupa merupakan pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa dapat menghasilkan corak. Terdapat empat jenis rupa iaitu rupa geometri, organik, positif dan negatif.
Rupa Geometri
|
Rupa Organik |
Rupa Positif dan Negatif |
3. Bentuk
Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bersifat 3 dimensi dan mempunyai lebih daripada 1 permukaan.Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk ilusi seperti gambar dan dalam lukisan kemudian bentuk konkrit yang boleh disentuh dan rasa seperti botol air.
Bentuk Ilusi |
Bentuk Konkrit |
4. Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat 2 jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh adalah jalinan yang terdapat pada sesuatu objek yang dapat dirasa dan sentuh. Jalinan tampak adalah jalinan pada sesuatu objek yang tidak dapat dirasa atau sentuh dan hanya dapat dilihat.
Jalinan Sentuh dan Tampak |
5. Ruang
Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. Terdapat 2 jenis ruang iaitu ruang nyata dan tampak. Ruang nyata adalah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Ruang tampak adalah ruang yang hanya dapat dilihat pada seni tampak seperti lukisan dan catan.
Ruang Tampak |
Ruang Nyata |
6. Warna
Terdapat 3 jenis warna iaitu warna asas, sekunder dan tertier. Warna asas adalah warna merah, kuning dan biru. Warna sekunder adalah campuran 2 warna asas seperti warna merah campur warna kuning menjadi jingga. Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.
Warna asas |
Warna Sekunder |
Warna Tertier
|
Rujukan
Ismail Muhamad. (2018). Pendidikan Seni Visual. The Commercial Press
Sdn. Bhd. : Pelangi Sdn. Bhd.
Siti Maria. (2012). Asas Seni Reka. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/99400285/Asas-Seni-Reka.
Lixin Tan. (2014). Elemen Asas Seni Reka dan Prinsip Rekaan. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/196157710/Elemen- Asas-Seni-Reka-Dan-Prinsip-Rekaan.
Fazil Jay. (2015). Asas Seni Reka: Contoh-contoh Garisan. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/262029701/ASAS-SENI- REKA-Prinsip-Rekaan.
Hilda Hiew. (2015). Pengenalan Asas seni Reka. Dimuat turun daripada https://www.scribd.com/doc/260720205/Pengenalan-Asas-Seni- Reka.
https://www.youtube.com/watch?v=1bnk78bd-y8&t=240s