Sunday, August 25, 2019

Asas Seni Reka

Unsur Seni

   1. Garisan
   Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung yang mempunyai jarak tertentu. Garisan dapat mewujudkan bentuk, objek, tona, ruang dan jalinan. Contoh garisan adalah garisan berbulu, berpancar, beralun, putus-putus, tebal, berlingkar dan lain-lain.




Image result for Jenis garisan dalam seni visual
Jenis-jenis Garisan

  




















    2. Rupa
    Rupa merupakan pertemuan titik hujung dengan titik mula. Rupa dapat menghasilkan corak. Terdapat empat jenis rupa iaitu rupa geometri, organik, positif dan negatif.



Image result for bentuk geometri 2d
Rupa Geometri
Image result for rupa geometri
Rupa Organik















Image result for rupa positif dan negatif
Rupa Positif dan Negatif










3. Bentuk
Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bersifat 3 dimensi dan mempunyai lebih daripada 1 permukaan.Terdapat 2 jenis bentuk iaitu bentuk ilusi seperti gambar dan dalam lukisan kemudian bentuk konkrit yang boleh disentuh dan rasa seperti botol air.





Related image
Bentuk Ilusi
Image result for bentuk konkrit dan ilusi
Bentuk Konkrit

    4. Jalinan

    Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda. Terdapat 2 jenis jalinan iaitu jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh adalah jalinan yang terdapat pada sesuatu objek yang dapat dirasa dan sentuh. Jalinan tampak adalah jalinan pada sesuatu objek yang tidak dapat dirasa atau sentuh dan hanya dapat dilihat.





Image result for Jalinan sentuh dan tampak
Jalinan Sentuh dan Tampak






   5. Ruang

   Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek. Terdapat 2 jenis ruang iaitu ruang nyata dan tampak. Ruang nyata adalah ruang sebenar yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit. Ruang tampak adalah ruang yang hanya dapat dilihat pada seni tampak seperti lukisan dan catan.





Image result for Ruang tampak dan nyata
Ruang Tampak




Image result for Ruang tampak dan nyata
Ruang Nyata






   6. Warna

   Terdapat 3 jenis warna iaitu warna asas, sekunder dan tertier. Warna asas adalah warna merah, kuning dan biru. Warna sekunder adalah campuran 2 warna asas seperti warna merah campur warna kuning menjadi jingga. Warna tertier adalah campuran warna asas dengan warna sekunder.








Image result for Warna asas
Warna asas






Image result for Warna asas
Warna Sekunder


Image result for Warna tertier
Warna Tertier

















Rujukan

Ismail Muhamad. (2018). Pendidikan Seni Visual. The Commercial Press
 Sdn. Bhd. : Pelangi Sdn. Bhd.

Siti Maria. (2012). Asas Seni Reka. Dimuat turun daripada  https://www.scribd.com/doc/99400285/Asas-Seni-Reka.

Lixin Tan. (2014). Elemen Asas Seni Reka dan Prinsip Rekaan. Dimuat  turun daripada https://www.scribd.com/doc/196157710/Elemen- Asas-Seni-Reka-Dan-Prinsip-Rekaan.

Fazil Jay. (2015). Asas Seni Reka: Contoh-contoh Garisan. Dimuat turun  daripada https://www.scribd.com/doc/262029701/ASAS-SENI- REKA-Prinsip-Rekaan.

Hilda Hiew. (2015). Pengenalan Asas seni Reka. Dimuat turun daripada  https://www.scribd.com/doc/260720205/Pengenalan-Asas-Seni- Reka.

https://www.youtube.com/watch?v=1bnk78bd-y8&t=240s
























1 comment:

  1. Teton White Dominus Price - Tanzanian Rupiah in 2021
    Teton titanium paint color White Dominus Price - Tanzanian Rupiah in titanium tv apk 2021. Teton White Dominus titanium vs ceramic flat iron Price. titanium alloy nier Tanzanian Rupiah. Tanzanian titanium scooter bars Rupiah. Tanzanian Rupiah. Tanzanian Rupiah.

    ReplyDelete